Beberapa orang atlet di negara ini telah mengharumkan nama negara kita,Malaysia, di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun,kerajaan tetap memerah otak untuk meningkatkan peratus atlet yang berjaya. Namun, semua itu hanya sia-sia jika jiwa patriotik tidak tersemat di dalam hati seorang atlet.
Sesebuah negara dalam bidang sukan bergantung kepada sikap atlet itu sendiri. Beberapa faktor yang berpunca dari atlet kenapa sukan negara ini sukar untuk mencapai ke peringkat lebih tinggi. Atlet sepatutnya lebih berdisiplin demi mencapai kejayaan, tapi sikap atlet-atlet di negara ini kebanyakannya tidak berdisiplin seperti datang lambat untuk menjalani latihan.
Selain itu, pelatih sepatutnya menitikberatkan pemakanan seseorang atlet. Makanan merupakan sumber tenaga utama yang penting bagi mengekalkan merekan cergas dan berkeupayaan untuk bersukan. Namun, terdapat juga atlet sukan yang cuba mengambil jalan pintas dengan menggunakan dadah sebagai perangsang kekuatan tenaga dan ini jelas melanggar etika ahli sukan dan boleh digugurkan terus daripada mana-mana pertandingan.
Di samping itu, atlet-atlet negara perlu berlatih dengan lebih gigih. Pengurus sepatutnya membuatkan beberapa perlawanan tidak kira dalam ataupun luar negeri. Dengan cara ini, atlet-atlet akan dapat memantapkan lagi corak permainan mereka sekali gus dapat membina keyakinan diri. Jika atlet-atlet sudah terbiasa dengan pelbagai jenis permainan yang mereka lawan sebelum itu, lebih memudahkan atlet akan memenangi sesuatu perlawanan.
Akhir sekali, penyokong juga banyak memainkan peranan dalam membina keyakinan dalam diri atlet yang mewakili negara. Seperti yang kita lihat negara-negara lain, penyokong negara itu sendiri akan meramaikan bilangan penonton di tempat berlansungnya perlawanan seperti pada sukan olimpik. Atlet perlu dibekalkan dengan keyakinan diri yang kental dan tidak mudah putus asa. Sebagai contoh yang paling dekat seperti pasukan bola sepak bawah 15 tahun, berjaya menewaskan negara lain walaupun masih dikira mentah dalam arena bola sepak.
Secara tuntasnya, meskipun kerajaan telah memberi banyak kemudahan, pihak lain seperti pengurus, pelatih, penyokong dan terutama atlet itu sendiri. Bersepakatlah demi negara kita sendiri,bak kata pepatah, Bulat air kerana pembentung,Bulat kata kerana muafakat. Dengan kerjasama pelbagai pihak, negara kita mempunyai potensi untuk berjaya dalam bidang sukan ini.