Quantcast
Channel: Cikgu Rozali
Viewing all articles
Browse latest Browse all 54

Laporan Pencemaran Di Sungai Petani,Kedah[SHARINIVIJAYEKUMAR]

$
0
0
        Pada 24 desimber 2012 ,Jabatan Alam Sekitar di dearah Sungai Petani Kedah telah membuat penyelidikan tentang pencemaran yang berlaku disebatang sungai. Kami seramai 4 orang pegawai jabatan alam sekitar telah mengikuti penyelidikan ini. Moto kami bagi melakukan penyelidikan ini adalah untuk melakukan perubahan dari segi kandungan ,keadaan, dan warna sesebuah sungai itu .Tambahan pula,untuk memberi air sungai yang bersih kepada rakyat yang tinggal di situ lagi pun pepatah mengatakan bahawa badan cergas otak cerdas oleh itu rakyat harus mendapat air yang bersih untuk hidup tanpa penyakit.
      
        Antara punca pencemaran yang berlaku di sungai ini ialah pembuangan bahan- bahan  seperti minyak,dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyebab kepada pencemaran sungai ini.Selain itu,sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.Seterusnya,pencemaran air juga berpunca daripada keadaan air yang dialirkan ke sungai itu dari sungai lain yang kemungkinan tercemar .Oleh yang demikian impak yang buruk akan dilemparkan kepada manusia yang tidak serba salah.
      Marcapada ini,terdapat beberapa langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran sungai yang paling hangat diperbualkan dari bibir ke bibir manusia ialah melakukan kempen kesedaran alam sekitar.Kempen ini akan membawa kesedaran dalam diri sesebuah individu itu dan melahirkan seorang individu yang bertanggungjawab menjaga air  di Malaysia.Lebih-lebih lagi ,Perdana Menteri Malaysia yang keempat mahu kita mempunyai Negara yang bersih tanpa pencemaran pada Wawasan 2020.
      
        Di samping itu,kerajaan boleh memasang perangkap sampah pada sungai ini.Ini sangat berguna kerana perangkap sampah ini akan memerangkap sampah sarap yang dibuang oleh penduduk di situ. Hasil tinjauan mendapat tahu bahawa tong sampah di pusat pengumpulan sampah berkurangan oleh saya berasa kurangan ini juga akan membawa masalah kepada penduduk kerana mereka tidak mempunyai tong sampah yang banyak.Selain itu,untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan.Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan meyebabkan sekatan air sekali gus sampahtidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
    
       Sebagai rumusan,didapati bahawa sungai di kawasan kajian ini telah tercemar dan jika kita melihat bacaan TDS meter iaitu 130ppm yang meletakkan kawasan ini di kategori sungai keras.Oleh itu ,kerajaan harus menyelenggara sungai ini dengan segera dan jika dikehendaki tolong menitik beratkan punca-punca dan cadangan yang kami beri untuk menjadikan rujukan kerajaan.
    Konklusinya,saya harap masyarakat berdekatan dengan sungai ini sedar akan kepentingan sungai dan menjaga sungai itu selepas kami memberitahu keadaan sungai tersebut.



Disediakan oleh,                                                                                   28 Desember 2012               
…sharini……………..
(SHARINIVIJAYEKUMAR)
Pegawai,
Jabatan Alam Sekitar,
Sungai Petani ,Kedah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 54

Trending Articles