Quantcast
Channel: Cikgu Rozali
Viewing all articles
Browse latest Browse all 54

Anda terpilih untuk mewakili sekolah dalam suatu pertandingan syarahan peringkat sekolah .Tajuk syarahan tersebut ialah Berjimat-cermat Amalan Mulia. Sediakan teks syarahan itu selengkapnyaNurul Athirah Binti Ridzuan-3S

$
0
0
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1), para hakim yang adil lagi bijaksana,guru-guru yang berdedikasi,rakan-rakan yang saya kasihi dan para hadirin sekalian. Pada pagi yang indah ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk Berjimat-cermat Amalan Mulia.

Saudara dan saudari,
       Seperti yang kita tahu amalan berjimat-cermat perlu diamalkan sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.Amalan berjimat-cermat juga merupakan amalan terpuji yang patut kita contohi dalam hidup kita. Selain itu,berjimat dari segi kewangan iaitu dengan menabung patut dilakukan dalam hidup kita kerana apabila kita menabung, wang tersebut boleh digunakan pada masa kecemasan dan masa depan. Kita juga harus sabar apabila menabung kerana sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
       
      Seterusnya, kita sebagai seorang pelajar juga mestilah berjimat-cermat menggunakan barang, pakaian, dan kelengkapan sekolah seperti beg, bekas alat tulis dan kasut tetapi kita juga mesti ingat kalau nak berjimat janganlah sampai barang dah rosak masih menggunakannya lagi.Oleh itu, barang mesti dijaga dengan baik agar tidak mudah rosak dan tidak perlu diganti selalu.

Hadirin yang dihormati,
       Selain  itu,kita sebagai seorang pengguna janganlah membazir air dan elektrik kerana itu adalah amalan yang mulia. Air dan elektrik sentiasa berada di mana sahaja seperti sekolah,rumah,pejabat dan pusat beli-belah.Jimat air dan elektrik juga bagus untuk kita bagi mengelak berlakunya kemalangan dan demi keselamatan juga. Di samping itu,apabila kita tidak membazir air dan elektrik ia juga dapat menyelamatkan suhu bumi kita yang semakin teruk jadinya.Oleh itu,berjimat-cermatlah apabila menggunakan air ketika mandi,mencuci pinggan,membasuh kereta dan sebagainya serta berjimat-cermat apabila menggunakan elektrik ketika belajar,menonton televisyen dan banyak lagi.

Hadirin sekalian,
      Selain  itu, jimat dan cermat menggunakan masa apabila menggunakan masa dengan kegiatan yang berfaedah seperti mengulang kaji dan menambah ilmu dari segi pelajaran atau agama.Dengan melakukan perkara yang berfaedah ini,masa depan kita akan cerah.Jika kita tidak berjimat menggunakan masa dalam hidup kita seperti belajar sampai lewat malam,hidup kita tidak akan berjaya pada masa depan.
     
     Akhir sekali,saya ingin mengingatkan hadirin sekali lagi bahawa berjimat-cermat perlu diamalkan dan pembaziran mesti dielakkan.Saya memohon maaf sekiranya terdapat kata-kata yang menyinggung perasaan hadirin.Sebagai mengakhiri syarahan, izinkan saya berpantun.

Buah manggis buah rambutan, 
Ditanam pula di rumah Alia,
Bersama-sama kita lakukan,
Berjimat-cermat amalan mulia.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 54